Hati .


Malam kian melabuhkan tirai namun mata ini masih berdegil untuk terbuka . Di kala tangan ligat menaip , akal pum ligat berfikir tentang perkara yang sama . Perkara yang tak pasti . Perkara yang mustahil untuk berlaku . Adakah ini suatu permainan remaja ? Apakah permainan ini akan berakhir ? Adakah kesudahan permainan ini satu berita menggembirakan aku atau sebaliknya ? Aku tak dapat mencari jawapannya sampai sekarang .

Ya . Ini dinamakan permainan hati yang memerlukan pemain yang handal menyusun kata , pemain yang pandai mengawal keadaan . perasaan dan nafsu . . Susah untuk mencari pemain yang hebat dan memenangi permainan ini . Aku masih mencari siapakh yang akan menjuarai permainan yang kian terkenal ini . Ya ! permainan yang amat terkenal dalam kalangan REMAJA termasuk aku .

Aku sampai sekarang bertanya akan diriku , 'Apakah aku menyesal mengenali si DIA ?' Aku sentiasa mencari jawapan . Dan aku takut dengan kebenaran . Aku takut jawapan yang aku cari itu mengecewakan aku . Walaupun mata aku tertumpu ke arah skrin berwarna putih ini , hati , jiwa , akal aku hanya fikir satu . SATU .Hanya yang satu itu membuatkan aku gundah gulana .

Semakin aku memikirkan perkara ini , semakin gila aku jadi . Persoalan ? Ya , Hari aku dipenuhi dengan persoalan yang menyesakkan jiwa dan akal aku ! Persoalan yang hanya akan membuatkan aku migrain . persoalan yang mebuat aku menangis . Aku pasti , orang yang melihat aku akan berkata 'Budak tu saiko lah!' . Ya . Aku pasti itu yang akan orang kata tentang aku !

Aku ta pasti adakah dia rasa apa yang aku rasa . Mungkin aku yang syok sendiri . Ya ! Aku sedar itu yang terbaik . Aku sedar aku hanya berkhayal seperti sang hamba yang mahu mengahwini sang putera raja kayangan . AHH ! Ta mungkin dia rasa ap yang aku rasa . FAFA ! Kau kena sedar yang kau tuh hanye lah serangga berbanding dia seekor singa :') .

Sekarang tiba masa untuk aku pergi . Pergi dari kehidupan seseorang yang ta menghargai aku . Ya , sekarang . Awak , saya tak kan lenyap dari hidup awak secara tiba tiba tapi secara perlahan . Mungkin dengan cara itu , awak akan lebih menghargai saya . Awak , terima kasih atas semuanya :')


#Hati itu lembut . Ia mudah dilukai , ia mudah dipecah apabila disentuh. Awak semua , jagalah hati sebelum terlambat :)



Thanks For Reading Peeps


I made this widget at MyFlashFetish.com.